Pages

Followers

Friday, December 14, 2012

Cerita aku,


Assalammualaikum. Suatu malam aku tegur A dekat chat on Facebook. Kami chat. Tiba tiba A cakap kalau izza tak boleh jadi awek A, izza jadi adik angkat A boleh? Aku cakap aku tak nak. Lepastu A pun tanya lah dah tu aku nak jadi apa? Aku pun dengan sangat tak malu cakap dekat A yang aku nak jadi yang halal bagi A. Aku takut nanti A cakap macam MatLuthfi pulak. Ayam, kambing? Nasib baik A tak cakap macam tu. A cakap boleh tapi sebelum tu kena haram dulu. Muehehe mengarut betul A ni. Aku pun cakap lah dosa ooo. A cakap aku kena jadi awek A lah kan? Ok aku cakap tak boleh. Lepas tu A cakap okay jadi adik angkat A k? Aku cakap aku tak nak. Aku suruh A bagitau kenapa dia nak aku jadi adik angkat A. A kata sebab A tak ada adik perempuan, lepastu sebab izza tak nak jadi awek A and sebab A suka izza. Aku sangat terharu, macam nak nangis pun ada. Tapi tak semudah tu aku boleh percayakan A. Aku rasa seronok dan happy sangat sebab sebelum ni A tak pernah pun cakap macam tu. Eh pernah lah, tapi lepas A cakap, dia akan cakap yang dia hanya bergurau. Aku sedih. Sebab tu sampai sekarang aku masih tak percayakan A. Aku tak tahu nak cakap apa. Jadi, aku bagi link blog aku dan aku bagi A baca satu post tu pasai A. Aku harap A faham kenapa. A cakap dia faham. Aku lega dan malu. Ya, aku suka dekat A dari umur aku tiga belas tahun. Aku seronok sangat kalau dapat text atau chat dengan A. Tapi setiap kali kami text atau chat, mesti A akan cakap apa apa yang membuatkan aku sakit hati. Selalunya macam tu la. Sekarang, aku cuba untuk berubah. Sebelum ini, jarang sekali aku single. Selalunya in a relationship lah. Ngehngeh. Bila aku dah berhijab, aku cuba untuk berubah, untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Aku tak nak dipandang hina oleh Allah. Aku tak nak ada hubungan hurm okay senang cakap couple dengan mana mana lelaki. Aku masih sedang mencuba. Aku nak biasakan diri, tak bercouple. Aku nampak perbezaannya. Dulu, waktu ada boyfriend, cell phone sentiasa di tangan dan sentiasa vibrate menandakan ada message atau ada orang call. Tapi sekarang, cell phone pun entah kemana. Duit pun tak perlu dibuang untuk topup yang membazirkan semata-mata. Aku masih sedang mencuba. Aku hanya nak berkawan dengan semua orang, aku nak sayang semua orang. Dan aku juga nak disayangi oleh orang lain. Aku manusia biasa yang perlukan kasih sayang. Apabila aku sedang mencuba, tiba tiba datang pulak A. Ini mungkin cubaan daripada Allah. Saat yang aku tunggu tunggu selama ini. Tetapi, aku tetap tak boleh terima A sebagai boyfriend aku sebab aku dah cakap dekat diri aku yang aku perlu dan harus cuba untuk tidak bercouple. Sungguh aku cakap, aku sangat sukakan A. Walaupun A layan aku macam humph, aku tetap suka A. Walaupun dulu A selalu cakap yang aku ni playgirl, aku tetap sukakan A. Aku suka A dah lama. Tapi sekarang bila aku sedang berubah, A datang kembali. Muncul kembali dalam hidup aku. Waktu kami chat, sungguh aku cakap, aku macam nak cakap yang aku terima A. Tapi, aku tak boleh. Aku memang sayangkan A, tapi aku tetap tak boleh terima A. Aku terus cakap pada diri aku, aku perlu kuat, aku tak boleh lemah macam ni. Sungguh aku rasa sangat lemah waktu itu. Aku nak sangat terima A tapi aku perlu tahan, aku tak boleh terima A, aku harus berkawan sahaja dengan A. Aku takut, terlalu takut kalau aku gagal, sebab aku seorang perempuan yang senang sukakan dan sayangkan seseorang. Aku juga lemah kalau lelaki cakap macam humph susah nak cakap ya. Aku takut sangat malam tu. Alhamdulillah, A dapat terima apa yang aku cakap, sekarang kami hanya berkawan. Mungkin ini ujian Allah untuk aku. Aku perlu kuat. Kalau betul A sukakan aku, dia pasti cari aku nanti dan kalau betul jodoh aku dengan A, pasti suatu hari nanti Allah temukan kami :’) 

No comments:

Post a Comment